Tuesday, March 13, 2007

jenis hukuman buat wanita di akhirat..

Sayidina Ali r.a menceritakan sesuatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang bersama Fathimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.Baginda menjawab"pada malam aku di isra'kan.Aku melihat perempuan-perempuan yang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis.Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya.Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahndanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya,otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kala jengking.Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,dibawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka,otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya,sementara malaikat memukulnmya dengan pentung dari api neraka",kata nabi.Fathimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu.?Rasulullah menjawab,wahai puteriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih,adalah wanita tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang mengotori tempat tidurnya.perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,iakeluar rumah tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang,kepada orang lain yang bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.Permpuan yang diikat kedua kaki dan tangannya keatas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fathimah Az-Zahra pun turut menangis.Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan......

No comments: