Tuesday, March 13, 2007

sahabat....

kawan...
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis..
tapi,mungkin aku boleh menangis bersamamu..
tapi takleh lama sangat..nanti habih air mata aku..
kawan...
jika terasa tiba-tiba nak larikan diri..
jauh dari masalah..
hubungilah aku..
aku takkan suruh kau berhenti..
tapi,mungkin aku berlari bersama kau,agar masalah kau boleh selesai..
tapi,jangan laju sangat lari,tak larat aku nak kejar..
kawan...
jika tiba-tiba kau ditinggalkan kekasih..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun pada sesiapa..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri..
kawan...
jika kau kecewa,keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu-bapa kau..
tapi,.,,terimalah segala ketentuan Allah..dan belajar untuk mencintai mereka..
kawan...
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau pada suatu hari nanti..
ceritalah padaku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu..
tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang paling soleh/solehah..
tetapi kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..aku tidak membalas massage mu..
aku tidak angkat panggilan darimu..
hubungilah aku segera..
sebab waktu itu aku..aku mungkin perlukan kau..
atau aku sudah tiada lagi didunia ini..
jadi andai ini suratan buatku,kau doakan kesejahteraanku
di dunia abadi,kerana mungkin doa kau mampu menemani
aku di alam yang berbeza itu..
apapun kawan...
semuanya adalah ketentuan ilahi,buat kita yang bernama manusia..
carilah,kecapilah manisnya mahabbah fillah yang Allah
utuskan dalam persahabatan yang seketika ini..
sayang fillah buat sahabatku yang jauh dimata..dekat munajatku padanya..


'HANYA SEMINIT DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT SAHABAT YANG BAIK,
SEJAM UNTUK MENGHARGAINYA,SEHARI UNTUK MENYAYANGINYA..
TAPI SEPANJANG HIDUP UNTUK MELUPAKANNYA....'


No comments: