Tuesday, March 13, 2007

kata-kata mutiara

  • hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.dan ketika kita mendapat apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
  • seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
  • jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh.jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi,fikirkan kebencian kita,akan dibenci.tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi.ini adalah undang-undang alam,kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.
  • memang amat tinggi letaknya kebahagiaan.namun kita harus menuju ke sana.ada orang yang berputus asa berjalan kearahnya,lantaran disangkanya jalan kesana amat sukar.padahal mudah,kerana ia dimula daripada dirinya sendiri.
  • membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serenda-rendahnya.membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan.membalas kebaikan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.,
  • kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.kata-kata yang kejam dapat mengahancurkan suatu kehidupan.kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
  • harta yang paling menguntungkan adalah sabar.teman yang paling akrab adalah amal.pengawal yang paling waspada adalah diam.bahasa yang paling manis adalah senyum.dan ibadah yang paling indah tentunya khusyuk.
  • setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.
  • semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
  • tanda-tanda orang budiman ialah dia akan rasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain,dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripapada orang lain.
  • akal itu menteri yang menasihati,hati itu ialah raja yang menentukan,harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

  • kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  • keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam diatas batu yang hitam didalam yang amat kelam.ianya wujud tetapi amat sukar dilihat.
  • kekuatan itu terbina diatas bilangan yang ramai,tetapi kekuatan itu tebina diatas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.



No comments: